Sunday, November 22, 2015

Produk Shaklee Sentiasa Berkesan

Shaklee Menjamin Keberkesanan Produknya

Bukti Saintifik & Klinikal:

100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007

Shaklee menjamin keberkesanan agar kita semua sentiasa yakin bahawa produk Shaklee sentiasa berkesan.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suppliment (pemakanan tambahan) Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suppliment (pemakanan tambahan) langsung.

      

      


Penjelajah Bertaraf Dunia dan Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, korang juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Dengan ini, membuktikan bahawa Shaklee amat komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suppliment (pemakanan tambahan) Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, Shaklee telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan Shaklee.

Gunung Everest

Pendakian warga Amerika yang pertama tanpa bekalan oksigen.



Voyager

Penerbangan tanpa henti yang pertama mengelilingi bumi.

Will Steger

Penjelajahan luncur anjing ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic.



Daedalus

Penerbangan dengan kuasa kayuhan manusia yang pertama menyeberangi Laut Aegean.

Calypso & Alcyone

Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka.


Projek Biosphere 2

Produk pencuci rumah dan penjagaan diri Shaklee telah dipilih untuk kegunaan projek ini.


NASA

Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde – minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle.


0 comments:

Post a Comment

  • Disclaimer #1

    Sebarang penulisan di blog ini adalah perkongsian peribadi, dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Anda dilarang untuk mencetak, atau salin sebarang penulisan di blog ini, sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

    Disclaimer #2

    Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, dan mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

  • Total Pageviews