Sunday, January 31, 2016

Get Clean® Water Pitcher


Memperkenalkan Air Get Clean®

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Marilah kita meraikannya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

Pilihan Bijak!

  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos

Keunikan Shaklee

Selamat

  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).

Pintar

  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.

Berkuasa Tinggi

  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Mesra Alam

  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu (1) kanister ini mempunyai isi minimum 850 gram.


ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Shaklee Memeliharaan Alam Sekitar

"Kadangkala, anda melakukan sesuatu kerana ianya menguntungkan perniagaan anda. Dan kadang kala, anda melakukan sesuatu hanya kerana naluri anda mengatakan bahawa anda perlu melakukannya. Sejak 50 tahun lalu, Shaklee telah mempelbagaikan usahanya untuk menerajui inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta menyokong usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan sosial."

Shaklee, yang ditubuhkan pada tahun 1956, ialah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral dan berjaya mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 (gas karbon dioksida) daripada segala aktivitinya bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar.

Pencapaian Shaklee mengikut tahun dari tahun 1910-an sehingga 2010-an:

1910s

1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia.

1950s

1956 Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan sebuah syarikat berteraskan Living in Harmony with Nature® yang komited membangunkan produk-produk yang dapat meningkatkan kesejahteraan insan dan bumi ini.

1960s

Shaklee memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, salah satu pencuci tidak beracun dan biorosot.
Shaklee memperkenalkan Instant Protein

1970s

1970 Shaklee memperkenalkan salah satu detergen pakaian biorosot pertama di dunia tanpa fosfat, nitrat atau borat.

1980s

1985 Shaklee terpilih oleh Wild Dolphin Project sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Stenella. Wild Dolphin Project komited untuk mengkaji habitat ikan lumba-lumba, dan hubungan dengan Shaklee ini terjalin teguh selama 21 tahun.

1986 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan luncur anjing persendirian ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh seorang penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic bernama Will Steger.

1987 Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.

1989 Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, serta menanam lebih sejuta pokok di Asia dengan kerjasama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.

1989 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan trans-Antartik yang diketuai oleh Will Steger. Ia merupakan penyeberangan Antartika yang pertama dengan berjalan kaki, yang meliputi kawasan seluas 3,700 batu. Berikutan ekspedisi ini, Steger membentangkan beberapa isu berkaitan kutub dan persekitaran di hadapan Kongres, serta menjadi salah seorang pengasas Center for Environmental Education (Pusat Pendidikan Persekitaran).

1990s

1990 Basic-H®, pencuci Shaklee yang tidak beracun dan mudah biorosot, terpilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Bumi yang pertama.

1991 Shaklee memperkenalkan Basic-D®, salah satu detergen tanpa fosfat yang pertama untuk mesin pencuci pinggan mangkuk automatik.

1992 Shaklee Cares®, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, telah ditubuhkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka semula jadi seperti taufan dan puting beliung.

1995 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk Projek Artik Antarabangsa ketiga, yang diketuai oleh Will Steger. Ini adalah aktiviti pertama menyeberangi permukaan Lautan Artik seluas 2,500 batu. Ekspedisi ini memberikan maklumat yang amat bernilai tentang isu persekitaran dan perubahan landskap kutub kepada jutaan kanak-kanak sekolah di seluruh dunia.

1996 Produk pencuci mesra alam Shaklee dipilih oleh Ocean Alliance dan Whale Conservation Institute untuk digunakan di atas Odyssey, sebuah kapal penyelidikan yang mengumpul data mengenai bahan-bahan cemar di seluruh lautan dunia. Hubungan ini berterusan hingga ke hari ini.

1998 Shaklee menjadi Charter Partner dalam program Climate Wise anjuran EPA Amerika Syarikat, yang mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara agresif.

2000s

2000 Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh pensijilan Climate Neutral™ dan mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 dalam semua aktivitinya.

2000 Shaklee membuka Ibu Pejabat Dunia miliknya, salah satu bangunan hijau pertama di dunia yang mampu menjimatkan tenaga dengan cekap dan memenangi anugerah. Ia dibina dengan menggunakan bahan-bahan daripada sumber yang berkekalan termasuk kayu yang diiktiraf mampan, karpet dan plastik kitar semula. Pada 2001, Shaklee telah dianugerahi Savings by Design Energy Efficiency Integration Award oleh Institut Arkitek Amerika.

2005 Shaklee menjadi rakan kerjasama utama Green Belt Movement, yang diasaskan oleh Dr. Wangari Maathai, pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2004.

2006 Dr. Wangari Maathai menjadi Duta Global untuk Sejuta Pokok, Sejuta Impian™, kempen alam sekitar Shaklee yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim global dan merintis usaha penanaman pokok di Amerika Utara dan Afrika.

2006 Buat julung-julung kalinya, sempena ulang tahun syarikat ke-50 di San Francisco, Shaklee menganjurkan persidangan peneutralan karbon melalui inisiatif pengimbangan pelepasan gas rumah hijau. Ia dihadiri oleh kira-kira 10,000 peserta.

2006 Shaklee terpilih sebagai Climate Leader EPA A.S., yang berazam untuk mengekalkan impak sifar bersih terhadap perubahan iklim dan mengimbangi pelepasan gas rumah hijau sebanyak 100% sehingga tahun 2009.

2006 Kepimpinan Shaklee dalam mengimbangi pelepasan karbon dengan mewujudkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika telah mendapat pengiktirafan Presiden Bill Clinton dan Clinton Global Initiative.

2007 Shaklee menjadi ahli pengasas Business Council on Climate Change, sebuah organisasi perniagaan yang menjadi inspirasi dan model pemuliharaan global dengan pelaksanaan pelbagai usaha yang berkesan dan menjimatkan bagi menangani krisis perubahan iklim.

2007 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk ekspedisi GlobalWarming101.com yang diketuai oleh penjelajah kutub Will Steger. Ekspedisi serba canggih ini merangkumi satu kempen pendidikan yang ekstensif untuk meningkatkan kesedaran para pelajar di seluruh Amerika mengenai kesan perubahan iklim global terhadap lima komuniti Inuit di Artik.

2007 Shaklee menjadi syarikat produk pengguna yang pertama berjaya mengimbangi 100% pelepasan gas CO2 melalui program Climate Leader EPA dan menggunakan 100% tenaga hijau.

2007 Shaklee dipilih oleh kumpulan sokongan kanak-kanak terkemuka negara, Healthy Child Healthy World, sebagai rakan eksklusif untuk sebuah video baharu bertajuk “Creating Healthy Environments for Children (Mewujudkan Persekitaran yang Sihat untuk Kanak-Kanak).”

2007 Shaklee dipilih oleh penerbit THE 11th HOUR, sebuah filem dokumentari yang disampaikan oleh Leonardo DiCaprio, sebagai rakan kongsi atas kecemerlangan prestasinya dalam menerajui penjagaan alam sekitar.

2007 Shaklee bekerjasama dengan Dr. Jeffrey Sachs dan Earth Institute di Universiti Columbia untuk membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara langsung dengan membiayai pemasangan lampu LED berkuasa solar di Malawi. Projek pemasangan ini menggantikan penggunaan lampu sumbu minyak tanah iaitu sumber tenaga yang memudaratkan dan tidak cekap dengan sumber mampan yang lebih baik untuk membaca dan tugas harian penduduk kampung di Malawi.

2008 Shaklee disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Rakan Niaga Runcit Terbaik oleh Green Power Partnership EPA bagi mengiktiraf sumbangannya sebagai pembeli utama tenaga hijau.

2009 Shaklee dianugerahi Clean Air Award oleh Breathe California bagi menghargai kepimpinannya dalam mengurangkan pemanasan global dan meningkatkan kualiti udara.

2009 Shaklee dianugerahi Business Environmental Award for Sustainability dari Acterra: Action for A Healthy Planet atas usaha-usahanya dalam pemuliharaan alam sekitar, kepimpinan tindakan kelestarian iklim dan kesamaan taraf sosial.

2010s

2010 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2010 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.

2011 Shaklee sekali lagi mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2011 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.

2012 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon untuk tiga tahun berturut-turut. Inventori rumah hijau bagi tahun 2012 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.

2014 Shaklee telah menjimatkan sehingga 1 juta gelen air di ibu pejabatnya yang terletak di California, penambahbaikan yang dilakukan dari bangunan dan prasarana kami.

2015 Tahun 2015: Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee yang indah membuka pintu di kemudahan 16,000 kaki persegi, peralatan saintifik paling maju, di mana ahli-ahli sains Shaklee akan terus membangunkan produk-produk inovatif untuk menjadikan dunia ini ruang yang lebih baik dan lebih sihat.

2015 Shaklee mencapai keahlian 1.2 juta di seluruh dunia, $ 7 bilion dalam komisen, dan pelaburan $300 juta sejak penubuhan Shaklee.


Apa itu Shaklee Cares?

Shaklee Cares ialah sebuah organisasi awam bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1992 berikutan tragedi Taufan Andrew. Organisasi amal ini komited dalam menghulurkan bantuan secara langsung kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kecemasan, serta penduduk yang bertugas di kawasan terbabit.

Antara sumbangan Shaklee Cares termasuklah bekalan makanan, produk pencuci, sumbangan tunai dan tenaga sukarelawan.

Sejak tahun 1992, beribu jam masa para sukarelawan dan jutaan dolar dalam bentuk tunai dan produk telah disumbangkan bagi membantu ahli-ahli keluarga Shaklee dan membina semula komuniti mereka.

Di samping itu, Shaklee juga berhasrat untuk menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya kehidupan yang sihat dan peranan kita semua dalam mengekalkan keharmonian alam sekitar melalui aktiviti seperti ceramah penjagaan kesihatan dan program menghijaukan alam sekitar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan Shaklee Cares:

  • Khidmat masyarakat
  • Ceramah Penjagaan Kesihatan
  • Program “Green Day”



Saturday, January 30, 2016

Produk Shaklee Sentiasa Mesra Alam

Prinsip Shaklee Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature® (Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi). Shaklee sehingga hari ini terus setia membawa legasi yang diasaskan oleh Dr. Shaklee ini dan menjamin bahawa produk Shaklee Always Green (Sentiasa Mesra Alam).

Shaklee sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Shaklee berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral™ yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti Shaklee bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan Shaklee melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Shaklee telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet® (Selamat kepada Anda, Kediaman Anda dan Planet Anda).

 Safe for You, Your Home and Your Planet® (Selamat kepada Anda, Kediaman Anda dan Planet Anda)

Syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral®


Shaklee merupakan perintis produk pencuci rumah yang tidak beracun dan biorosot.


Saya Yakin Produk Shaklee Sentiasa Selamat

Keselamatan dan Standard Shaklee Tiada Tandingannya bagi memastikan produk-produknya sentiasa selamat (Always Safe).

Shaklee sangat serious dalam hal keselamatan dan telah melaburkan lebih USD $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti setiap produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

Bagi yang mementingkan organik atau alam semula jadi. Ni pasti buat anda teruja.Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk-produknya.

Produk-produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya seperti yang terdapat dalam produk pesaing-pesaingnya.

Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk-produknya.

TIADA Bahan Tiruan
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida


Tuesday, January 26, 2016

Vita-Lea® for Children

Multivitamin Kanak-Kanak yang sungguh Enak
1 botol mengandungi 60 tablet.

FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.

Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral

  • Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak

Rumusan Tidak Merosakkan Gigi

  • Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti

Perisa Anggur Yang Enak

  • Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak

KKLIU: 0930/2015
* Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet. * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

  • Disclaimer #1

    Sebarang penulisan di blog ini adalah perkongsian peribadi, dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Anda dilarang untuk mencetak, atau salin sebarang penulisan di blog ini, sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

    Disclaimer #2

    Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, dan mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

  • Total Pageviews