Sunday, January 31, 2016

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Meningkatkan Fungsi Imun
1 botol terdapat 90 tablet.
  • Perisa sitrus yang lazat
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang menghadapi kesukaran menelan tablet

KKLIU: 2596/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B-Complex


Spektrum Penuh Lapan Jenis Vitamin B
1 botol terdapat 120 tablet.

Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik

Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada

sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.

B-Complex

Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.

Perbezaan Shaklee

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

B-Complex dilengkapi sistem pengangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

KKLIU: 2605/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Alfalfa Complex

Nutrisi Anugerah Alam
Alfalfa Complex boleh didapati antara botol bersaiz kecil (330 tablet), dan bersaiz besar (700 tablet).

Alfalfa merupakan pusat pegumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien

dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis.

Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
  • Alfalfa daripada sumber semula jadi
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu

Alfalfa. Sumber semula jadi pigmen klorofil, vitamin dan mineral surih. Segalanya tersedia di dalam Alfalfa Complex.

KKLIU: 2601/2014

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Vivix®


Penemuan Revolusioner oleh Shaklee
1 botol mempunyai 150ml.

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.


Collagen Powder


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan
1 kotak mempunyai 15 sachets.


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton


Get Clean® Water Pitcher


Memperkenalkan Air Get Clean®

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Marilah kita meraikannya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

Pilihan Bijak!

  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos

Keunikan Shaklee

Selamat

  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).

Pintar

  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.

Berkuasa Tinggi

  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Mesra Alam

  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu (1) kanister ini mempunyai isi minimum 850 gram.


ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


  • Disclaimer #1

    Sebarang penulisan di blog ini adalah perkongsian peribadi, dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Anda dilarang untuk mencetak, atau salin sebarang penulisan di blog ini, sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

    Disclaimer #2

    Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, dan mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

  • Total Pageviews